Jazakallah khairan wat semua yang masih menyayangi diri ini.... Semoga ALLAH berkati kalian semua...dan membalas budi baik kalian... 4 Qalb...syukran syukran syukran semoga ALLAH berkatimu dan makbulkan doamu... untuk ahli bet cahaya ( bet fawwaz )...shima, along n intan + syeren + marwa + neven (jazakumullahu khairan a`la farhan fil baitik mama zuzu)...terharu dan gembira dengan budi baik kalian...sampai sanggup surprize kat umah mama...malu dibuatnya... namun ukhuwah kalian amat bernilai buatku...UKHUWAH FILLAH...
Dengan kehadiran cahaya mata neven baru 2 Julai...semoga dengan kehadiran Kinzi(nama baby) memberi kebahagian buat neven N samih dan usrah mama zuzu...
Hanya ini yang mampu cahaya untaikan sebagai tanda kasih ku... dan panjatkan doa kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang berada dibuminya ini..serta doa buat sahabat2 cahaya...semoga ALLAH memudahkan segala urusan kita didunia dan akhirat... senyum buat semua :)...maaf dipinta atas segala kesalahan...
Masing-masing mengambil tempat kanan - kiri mengukir senyuman walau minda belum tahu apa akan diterimanya ALLAHUMMA SOLLI A`LA MUHAMMAD...
Dalam tenang mata melayar... Dalam asyik bacaannya... Akal mencari-cari... Dimanakah jawapanya... ALHAMDULILLAH....
Segera menitipkan tinta Dikertas yg telah tersedia Tulis jangan tak tulis... Jawab jangan tak jawab...
( Wa baadin...Wa baadin...enti kalam leih...) Tersentak .... Mencari...siapakah yg bercakap.. Aduh....dah la susah... Bising pulak korang ni... Kami pun ade gak yang x leh jawab... Tapi diam je...tanpa sepatah bicara....
Tumpuan pada sepatutnya telah beralih arah... Tolong...Ya ALLAH..ya ALLAH... ASTAGHFIRULLAHAL A`ZIM....
Bukan satu sudut je bising... Hermm.... Pelajar Malaysia juga la yang SABAR... Patuh pada Disiplin.. Inilah kelebihan pelajar malaysia Telah terdidik dari peringkat hadhonah Jaga Disiplin..
Namun Kalian juga... Diberi tunjuk ajar dari hadhonah... Entah lah... Kenapa ye...
Kamu sekalian begini Kasihan dia terpaksa begitu... kami diserang carca merba... hanya mampu menyaksikan dramatis kalian... Dengan menahan kesakitan dihati... Tidak malukah bersikap begini... Bersabarlah..Bersabarlah..Bersabarlah...
Setiap tahun perkara yang sama akan berlaku Didalam waktu yang singkat Hanya 3 jam untuk kami muntahkan Apa yang telah dibaca... Tapi situasi inilah akan kami hadapi disini...
Namun ALLAH maha tahu... Semoga ALLAH berkati kami... Berilah kejayaan pada kami semua... ALLAH maha pengasih dan maha penyayang.... ALLAHUMMA JAA`LNA MINANNAJIHIN... Ameen Ya ROBB...
Semoga Mak sihat sejahtera bersama kasih sayang ALLAH, Segenggam Tabah Mu Bonda pemberi semangat buatku dalam meneruskan langkah perjuanganku, Keredhoaan Mu Mak kesejahteraan ku..Terima kasih Bonda...tiada ucapan yang mampu ku lampirkan buat Mu mak..Terima Kasih sekali lagi Mak kerana tidak pernah putus menyokong ku dan memberi nasihat untuk ku selama ini...Sesungguhnya Liku perjalanan hidupmu pengajaran buat ku Bonda...Kau telah mendidik kami dengan penuh sabar seorang diri... Bonda...kau sentiasa didalam doaku...Sayang mak.... tak mampu kuteruskan lagi...mataku telah ....
Dan jua buat ibu-ibu selamat hari ibu buat kalian semua...bukan mudah untuk menjadi seorang ibu kan..semoga ibu-ibu sentiasa bersama RAHMAT ALLAH SWT. Ibu yang Solehah insyaallah akan lahir anak yang Soleh Solehah....Ameen Ya Robb...
Salam ukhuwah buat sahabat yang sudi melayari blog cahaya yang serba dhaif ini..sekadar melatihkan diri dalam dunia bloger :)...
Bagi warga Azhari dan Universiti yang sewaktu dengannya...pasti dalam kesibukan mentholaah kitab dan hafalan masing-masing..study kerana ALLAH...semoga usaha kita membuahkan kejayaan untuk ibu bapa yang dikasihi,,,Bersabarlah wahai diri dalam menempuh ujian yang bakal mendatang di dalam setiap kehidupan kita...Sesungguhnya ujian yang datang itu ada hikmah disebalik kejadian...ALLAH tidak pernah zalim pada hambanya...akan tetapi ALLAH lebih tahu kenapa dan mengapa dia berikan mehnah itu kepada hambanya...
Firman ALLAH SWT...: لا يكلف الله نفسا الا وسعها,لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت, ربنا لا تؤاخزنا ان نسينا او اخطانا, ربنا ولا تحمل علينا اصرا كما حملته على الذين من قبلنا, ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنابه, وعف عنا واغفرلنا وارحمنا انت مولنا فانصرنا على القوم الكافرين . "ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya. Ia mendapat pahala(dari kebajikan) yang diusahakanya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Al-Baqaroh
Telah jelas bukti ayat ALLAH, bahawa ALLAH lebih tahu akan apa yang diberikan kepada hambanya...dan sekiranya kita merasa berat akan mehnah itu..mohon doalah dariNya.. sesunguhnya ALLAH maha mendengar maha pengasih lagi maha penyayang...bersabarlah dengan tribulasi kehidupan kita..kerana adanya mehnah akan mematangkan lagi diri kita...ia juga salah satu imu yang kita akan pelajari,,,pengalaman hidup itu penting untuk kita terus melangkah di bumi sementara ini..
Salam imtihan sekali lagi buat sahabat-sahabat cahaya... di sini cahaya nak sertakan Jadual Imtihan Tahun 4 Hadis Uni.Alazhar Mansoura ( banat )
13 May 09 - Syafawi Al-Quran 16 May 09 - Tahriri Al-Quran 19 May 09 - Inglish 23 May 09 - Falsafah 26 MAy 09 - Manahij Muhadisin 30 May 09 - Dakhil 2 Jun 09 - Takhrij 6 Jun 09 - Hadis Maudhui`
Semoga kita beroleh kejayaan dalam imtihan dunia dan akhirat....doakan bersama sahabat-sahabat yang lain... BITAUFIQ WANNAJAH...:)
Terdapat banyak amalan yang boleh kita lakukan untuk mendekatkan Diri kepada ALLAH dan sentiasa mendapat ampunan dari ALLAH SWT serta syafaat dari kekasihnya... Sekiranya kita tidak mampu untuk membuat bekalan yang banyak untuk hari yang kekal nanti, namun cubalah kita amalkan yg sedikit tapi istiqomah, insyaallah kita akan sentiasa dalam rahmat ALLAH.Sesunguhnya maha pengasih kepada hambanya.
JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W :-
Pertama: TAHAJJUD, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.(jangan sia2kan tengah malam dengan duniawi). Kedua: MEMBACA AL`QURAN sebelum terbit matahari. (pasti kita akan mendapat ketenangan). Ketiga: JANGAN TINGGALKAN MASJID terutama di waktu subuh. ( terutama kaum adam). Keempat: JAGA SOLAT DHUHA, (kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha). Kelima: JAGA SEDEKAH SETIAP HARI. (sedekahlah walau sedikit tapi ikhlas). Keenam: JAGA WUDHU` TERUS MENERUS.(kerana ALLAH menyayangi hamba yang berwudhu. Ketujuh: AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP SAAT.(ALLAH maha penerima taubat).
ermm...bagus tul koala ni... camna ngn kita kaum hawa...terutamanya yg berada setempat dengan cahaya..( Egypt ) kes macam ni banyak berlaku dikalangan kaum hawa(students malaysia)... so wahai ukhtie2 yang dikasihi ambillah contoh koala ni..beranikan dirimu untuk mempertahankan maruahmu dari dicemari tangan2 liar jahiliah itu... jangan takut untuk bertindak melawan demi maruahmu ukhtie2 ku sayang... disaat itu pasti akan ada insan yang akan membantu mu walau berlainan bangsa... namun ISLAM tiada bezanya...ISLAM 4 all...
A. Ahli Syurga Dari Awal. B. Ahli Neraka Dari Awal. C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.
EMPAT GANJARAN LUMAYAN (A): 1. Nikmat kubur. 2. Perlindungan di Padang Mahsyar. 3. Keselamatan Meniti Titian Sirat. 4. Syurga yang kekal abadi.
Saat bermula:- Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.
Dewan Temuduga:- Di dalam kubur (alam barzakh).
Kelayakan:- Anda tidak perlu bawa siji-sijil. Anda tidak perlu bawa pingat. Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak). Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi. Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.
PANEL/PENEMUDUGA: Mungkar dan Nakir.
ENAM SOALAN BOCOR: 1. Siapa Tuhan anda? 2. Apa Agama anda? 3. Siapa Nabi anda? 4. Apa Kitab anda? 5. Di mana Kiblat anda? 6. Siapa Saudara anda?
Bentuk permohonan:- Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda...Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).. Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.
TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksudbegini:Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itudiletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengarsuara terompah kasut) orang- orang yang menghantarnya ke kubur padasaat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim,maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akandiletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya,zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripadasedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.
Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu:
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Laki- laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya"
Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!
Fikirkanlah bersama....adakah kita akan berjaya...? Semoga kita berjaya menjadi insan yang dikasihi ALLAH SWT...Ameen ya ROBB..
Wallahu-a'lam.
ASTAGHFIRULLAHAL A`DZIM ampunkanlah kesalahan-kesalahan kami ya ALLAH...