Saturday, December 12, 2009

Bismillahirrahmaanirrohiim...

Seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yang fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak mahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa memperolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejak, "Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap-sekejap Bismillah."

Isterinya tidak berkata apa-apa sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T. supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan-bacaanmu itu."
Untuk membuat sesuatu yang memeranjatkan isterinya, dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dengan berkata, "Simpan duit ini." Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan di tempat yang selamat, di samping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap-senyap suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkan beg duit ke dalam perigi di belakang rumahnya.

Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yang aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti oleh suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu dia membuka dengan membaca, "Bismillahirrahmanirrahiim." Ketika itu Allah S.W.T. menghantar malaikat Jibrail A.S. untuk mengembalikan beg duit dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.

Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah, dan dia juga membaca Bismillah apabila dia hendak memulakan sesuatu kerja.

*Kesabaran seorang isteri...isteri solehah...lebih cantik dsyurga dari seorang bidadari...*

Al-Quran...

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an."
Telah bersabda Rasulullah S.A.W : Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari."
Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.
Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Janji ALLAH adalah pasti..
klo x caya....jom kita baca quran setiap hari pasti kita akan dapat merasai nikmatnya...
jangan lengah-lengah lagi..sebelum datang ajalmu...
ermm....didiklah anak2 mengenali Al-Quran dari awal dan buku per1nya dengan Al-Quran...seiring dengan keihklasan kerana ALLAH...:)

Saturday, July 4, 2009

5 Julai 2009 dalam kenangan terindah...

Jazakallah khairan wat semua yang masih menyayangi diri ini....
Semoga ALLAH berkati kalian semua...dan membalas budi baik kalian...
4 Qalb...syukran syukran syukran semoga ALLAH berkatimu dan makbulkan doamu...
untuk ahli bet cahaya ( bet fawwaz )...shima, along n intan + syeren + marwa + neven (jazakumullahu khairan a`la farhan fil baitik mama zuzu)...terharu dan gembira dengan budi baik kalian...sampai sanggup surprize kat umah mama...malu dibuatnya...
namun ukhuwah kalian amat bernilai buatku...UKHUWAH FILLAH...


Dengan kehadiran cahaya mata neven baru 2 Julai...semoga dengan kehadiran Kinzi(nama baby)
memberi kebahagian buat neven N samih dan usrah mama zuzu...

Hanya ini yang mampu cahaya untaikan sebagai tanda kasih ku...
dan panjatkan doa kesyukuran kehadrat ilahi kerana masih diberi peluang berada dibuminya ini..serta doa buat sahabat2 cahaya...semoga ALLAH memudahkan segala urusan kita didunia dan akhirat...
senyum buat semua :)...maaf dipinta atas segala kesalahan...


Monday, June 8, 2009

Tersirat

بسم الله الرحمن الرحيم

( yallah...ya malizia...)

Masing-masing mengambil tempat
kanan - kiri mengukir senyuman
walau minda belum tahu apa akan diterimanya
ALLAHUMMA SOLLI A`LA MUHAMMAD...

Dalam tenang mata melayar...
Dalam asyik bacaannya...
Akal mencari-cari...
Dimanakah jawapanya...
ALHAMDULILLAH....

Segera menitipkan tinta
Dikertas yg telah tersedia
Tulis jangan tak tulis...
Jawab jangan tak jawab...

( Wa baadin...Wa baadin...enti kalam leih...)
Tersentak ....
Mencari...siapakah yg bercakap..
Aduh....dah la susah...
Bising pulak korang ni...
Kami pun ade gak yang x leh jawab...
Tapi diam je...tanpa sepatah bicara....

Tumpuan pada sepatutnya telah beralih arah...
Tolong...Ya ALLAH..ya ALLAH...
ASTAGHFIRULLAHAL A`ZIM....

Bukan satu sudut je bising...
Hermm....
Pelajar Malaysia juga la yang SABAR...
Patuh pada Disiplin..
Inilah kelebihan pelajar malaysia
Telah terdidik dari peringkat hadhonah
Jaga Disiplin..

Namun Kalian juga...
Diberi tunjuk ajar dari hadhonah...
Entah lah...
Kenapa ye...

Kamu sekalian begini
Kasihan dia terpaksa begitu...
kami diserang carca merba...
hanya mampu menyaksikan dramatis kalian...
Dengan menahan kesakitan dihati...
Tidak malukah bersikap begini...
Bersabarlah..Bersabarlah..Bersabarlah...

Setiap tahun perkara yang sama akan berlaku
Didalam waktu yang singkat
Hanya 3 jam untuk kami muntahkan
Apa yang telah dibaca...
Tapi situasi inilah akan kami hadapi disini...

Namun ALLAH maha tahu...
Semoga ALLAH berkati kami...
Berilah kejayaan pada kami semua...
ALLAH maha pengasih dan maha penyayang....
ALLAHUMMA JAA`LNA MINANNAJIHIN...
Ameen Ya ROBB...


asal
hanya cahaya...

Saturday, May 9, 2009

SELAMAT HARI IBU....

Selamat Hari Ibu buat Mak, Ummi, Bonda, Mama....

Semoga Mak sihat sejahtera bersama kasih sayang ALLAH, Segenggam Tabah Mu Bonda pemberi semangat buatku dalam meneruskan langkah perjuanganku, Keredhoaan Mu Mak kesejahteraan ku..Terima kasih Bonda...tiada ucapan yang mampu ku lampirkan buat Mu mak..Terima Kasih sekali lagi Mak kerana tidak pernah putus menyokong ku dan memberi nasihat untuk ku selama ini...Sesungguhnya Liku perjalanan hidupmu pengajaran buat ku Bonda...Kau telah mendidik kami dengan penuh sabar seorang diri...
Bonda...kau sentiasa didalam doaku...Sayang mak....

tak mampu kuteruskan lagi...mataku telah ....

Dan jua buat ibu-ibu selamat hari ibu buat kalian semua...bukan mudah untuk menjadi seorang ibu kan..semoga ibu-ibu sentiasa bersama RAHMAT ALLAH SWT. Ibu yang Solehah insyaallah akan lahir anak yang Soleh Solehah....Ameen Ya Robb...

Monday, May 4, 2009

Imtihan+peperiksaan+examination...pe lg erk..

Assalamualaikum...

Salam ukhuwah buat sahabat yang sudi melayari blog cahaya yang serba dhaif ini..sekadar melatihkan diri dalam dunia bloger :)...

Bagi warga Azhari dan Universiti yang sewaktu dengannya...pasti dalam kesibukan mentholaah kitab dan hafalan masing-masing..study kerana ALLAH...semoga usaha kita membuahkan kejayaan untuk ibu bapa yang dikasihi,,,Bersabarlah wahai diri dalam menempuh ujian yang bakal mendatang di dalam setiap kehidupan kita...Sesungguhnya ujian yang datang itu ada hikmah disebalik kejadian...ALLAH tidak pernah zalim pada hambanya...akan tetapi ALLAH lebih tahu kenapa dan mengapa dia berikan mehnah itu kepada hambanya...

Firman ALLAH SWT...:
لا يكلف الله نفسا الا وسعها,لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت, ربنا لا تؤاخزنا ان نسينا او اخطانا, ربنا ولا تحمل علينا اصرا كما حملته على الذين من قبلنا, ربنا ولا تحملنا ما لا طاقة لنابه, وعف عنا واغفرلنا وارحمنا انت مولنا فانصرنا على القوم الكافرين .
"ALLAH tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupanya. Ia mendapat pahala(dari kebajikan) yang diusahakanya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir". Al-Baqaroh

Telah jelas bukti ayat ALLAH, bahawa ALLAH lebih tahu akan apa yang diberikan kepada hambanya...dan sekiranya kita merasa berat akan mehnah itu..mohon doalah dariNya..
sesunguhnya ALLAH maha mendengar maha pengasih lagi maha penyayang...bersabarlah dengan tribulasi kehidupan kita..kerana adanya mehnah akan mematangkan lagi diri kita...ia juga salah satu imu yang kita akan pelajari,,,pengalaman hidup itu penting untuk kita terus melangkah di bumi sementara ini..

Salam imtihan sekali lagi buat sahabat-sahabat cahaya...
di sini cahaya nak sertakan
Jadual Imtihan Tahun 4 Hadis Uni.Alazhar Mansoura ( banat )

13 May 09 - Syafawi Al-Quran
16 May 09 - Tahriri Al-Quran
19 May 09 - Inglish
23 May 09 - Falsafah
26 MAy 09 - Manahij Muhadisin
30 May 09 - Dakhil
2 Jun 09 - Takhrij
6 Jun 09 - Hadis Maudhui`


Semoga kita beroleh kejayaan dalam imtihan dunia dan akhirat....doakan bersama sahabat-sahabat yang lain...
BITAUFIQ WANNAJAH...:)

Thursday, April 30, 2009

Amalkan...tapi jangan tinggal semua jika tak mampu

Terdapat banyak amalan yang boleh kita lakukan untuk mendekatkan Diri kepada ALLAH dan sentiasa mendapat ampunan dari ALLAH SWT serta syafaat dari kekasihnya...
Sekiranya kita tidak mampu untuk membuat bekalan yang banyak untuk hari yang kekal nanti, namun cubalah kita amalkan yg sedikit tapi istiqomah, insyaallah kita akan sentiasa dalam rahmat ALLAH.Sesunguhnya maha pengasih kepada hambanya.

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH S.A.W :-

Pertama: TAHAJJUD, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.(jangan sia2kan tengah malam dengan duniawi).
Kedua: MEMBACA AL`QURAN sebelum terbit matahari. (pasti kita akan mendapat ketenangan).
Ketiga: JANGAN TINGGALKAN MASJID terutama di waktu subuh. ( terutama kaum adam).
Keempat: JAGA SOLAT DHUHA, (kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha).
Kelima: JAGA SEDEKAH SETIAP HARI. (sedekahlah walau sedikit tapi ikhlas).
Keenam: JAGA WUDHU` TERUS MENERUS.(kerana ALLAH menyayangi hamba yang berwudhu.
Ketujuh: AMALKAN ISTIGHFAR SETIAP SAAT.(ALLAH maha penerima taubat).